Taufan Fiona badai Puerto Rico


Taufan Fiona yang membadai sepanjang pantai barat daya Puerto Rico pada Ahad menyebabkan bekalan elektrik di pulau itu terputus sepenuhnya. – Gambar EPA, 19 September, 2022.

TAUFAN Fiona membadai sepanjang pantai barat daya Puerto Rico pada Ahad, menyebabkan bekalan elektrik di pulau itu terputus sepenuhnya.

Angin berkelajuan 85 batu (140 kilometer) sejam itu diklasifikasikan sebagai taufan Kategori 5 dalam skala angin Saffir-Simpson, kata pihak berkuasa.

Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) berkata taufan Fiona diramal akan bertambah buruk dalam tempoh 48 jam ketika ia menghampiri Republik Dominican sebelum ke utara perairan terbuka Lautan Atlantik.

Pulau itu kehilangan kuasa apabila Fiona menghampiri Puerto Rico, kata Gabenor Pedro Pierluisi dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

Menurut NHC lagi banjir besar dijangka berlaku di Puerto Rico dan di sebelah barat Republik Dominican.

Di Twitter, Pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan San Juan juga memberi amaran banjir kilat yang mengancam di kawasan sungai, lebuh raya dan jalan, serta kawasan bandar dan dataran rendah. – AFP, 19 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen