Australia tidak sekat pelancong Russia, kata menteri


Russia masih belum menamatkan peperangan dengan Ukraine yang berlanjutan hampir tujuh bulan. – Gambar fail EPA, 18 September, 2022.

MENTERI Pertahanan Australia Richard Marles pada Ahad berkata negaranya tidak akan menyekat kemasukan pelancong Russia ke negara itu.

“Kami sudah ada pelbagai sekatan dan tumpuan sekatan kami adalah terhadap kerajaan Russia… bukan rakyatnya. Ini bukan sesuatu yang kami sedang pertimbangkan pada masa ini,” lapor agensi berita Sputnik memetik Marles ketika ditanya penyiar Australia, ABC News sama ada Australia akan melarang pelancong Russia memasuki negara itu.

Pada 12 September, Suruhanjaya Eropah menggantung perjanjian kemudahan visa dengan Russia.

Pada 19 September, Poland, Lithuania, Latvia dan Estonia bersetuju untuk bersama-sama memperkenalkan sekatan perjalanan terhadap warga Russia dan sepakat dengan pendekatan serantau yang sama terhadap pengembara warga Russia. – Bernama, 18 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen