27 maut nahas bas di China


Bas itu terbalik di lebuh raya pergunungan wilayah Guizhou. – Gambar Facebook, 18 September, 2022.

SERAMAI 27 penumpang terbunuh dalam nahas sebuah bas di wilayah Guizhou barat daya China pada awal pagi Ahad kata polis dalam satu kenyataan.

Bas yang membawa 47 penumpang itu dilaporkan terbalik di lebuh raya pergunungan wilayah Guizhou.

Menurut kenyataan itu juga pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian dan 20 mangsa yang cedera diberi rawatan.

Kemalangan tersebut berlaku di Qiannan iaitu kawasan pergunungan terpencil di Guizhou yang menjadi penempatan beberapa kumpulan etnik minoriti. – AFP,  18 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen