Biden tiba di UK untuk pemakaman Ratu Elizabeth


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan isteri Jill Biden tiba di Lapangan Terbang London Stansted pada Sabtu bagi menghadiri upacara pemakaman Ratu Elizabeth II pada Isnin selepas bertemu Raja Charles III pada Ahad. – Gambar AFP, 18 September, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba di Britain pada Sabtu menjelang pemakaman Ratu Elizabeth II, kata jurugambar AFP di pesawat Air Force One.

Pesawat Biden tiba di Lapangan Terbang London Stansted di luar ibu negara sejurus sebelum pukul 10.00 malam waktu tempatan.

Beliau dijangka memberi penghormatan di keranda Ratu Elizabeth dan bertemu Raja Charles III pada Ahad menjelang pemakaman pada Isnin.

Bagaimanapun, pertemuan yang dirancang dengan Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss telah dibatalkan.

Sebaliknya, mereka akan mengadakan “mesyuarat dua hala penuh” di Perhimpunan Agung PBB pada Rabu, kata pejabat Downing Street.

Pejabat perdana menteri bagaimanapun tidak beri butiran lanjut kenapa pertemuan asal dengan Biden dibatalkan. – AFP, 18 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen