SEORANG lelaki didakwa cubaan membunuh semalam susulan insiden tikaman melibatkan dua pegawai polis di bandar London, kata Scotland Yard.
Mohammed Rahman, 24, dari barat London, didakwa dengan cubaan membunuh seorang konstabel lelaki; dan menyebabkan kecederaan parah dengan niat kepada seorang konstabel wanita berikutan tikaman pada Jumaat di Leicester Square, kata ibu pejabat polis London.
Rahman juga didakwa dengan serangan dan dua pertuduhan mengugut seorang individu di tempat awam dengan senjata tajam, pertuduhan berkaitan tiga konstabel lain.
Beliau juga didakwa melakukan rompakan dan memiliki senjata tajam.
Rahman akan hadir di mahkamah di barat daya London esok.
Polis berkata pada Jumaat kejadian serangan tikaman di daerah hiburan Leicester Square tidak dianggap sebagai berkaitan keganasan.
Polis London mengerahkan lebih ramai pegawai dalam sejarah mereka untuk pemakaman Ratu Elizabeth II esok, dengan pemimpin dunia terbang dari seluruh dunia untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemerintah paling lama berkhidmat di negara itu. – AFP, 18 September, 2022.
Komen