SEKURANG-KURANGNYA 17 orang terbunuh manakala lima masih hilang dalam insiden tanah runtuh yang melanda daerah Achham, Nepal, pada Sabtu.
Hujan berterusan sejak pagi Jumaat mencetuskan tanah runtuh dan menghanyutkan rumah di beberapa daerah di barat Nepal.
“Pasukan penyelamat menemukan 17 mayat dan menyelamatkan 11 orang yang cedera di kawasan terjejas,” kata pegawai tempatan Min Raj Acharya, lapor Xinhua.
Beliau berkata misi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan dan anggota tentera serta polis turut dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu operasi menyelamat.
Tiga daripada mangsa yang cedera dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dihantar untuk mendapatkan rawatan di wilayah berdekatan, kata Acharya. – Bernama, 17 September, 2022.
Komen