MALAYSIA mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 semalam dengan 1,977 kes baharu berbanding 2,275 sehari sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut laman web kementerian CovidNow, jumlah jangkitan sejak permulaan pandemik kini mencecah 4,815,679 kes.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 492 kes, diikuti Kuala Lumpur (405) dan Sabah (187).
Perak mencatatkan 175 kes baharu, Negeri Sembilan (84), Johor (61), Sarawak (115), Melaka (83), Pulau Pinang (100), Putrajaya (36), Kedah (57), Pahang (47), Terengganu (40), Kelantan (76) dan Perlis (17) dan Labuan (2).
KKM juga melaporkan enam kematian Covid-19 semalam dengan dua kes kematian di luar hospital yang menjadikan jumlah keseluruhan 36,305.
Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Kedah dan Perak dengan masing-masing dua kes, diikuti Sabah dan Selangor masing-masing satu.
Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 60 orang dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 17 September, 2022.
Komen