24 terbunuh di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan


Kyrgyzstan menutup pintu kastamnya dengan Tajikistan pada 21 Mei 2021, sehingga isu sempadan diselesaikan. – Gambar AFP, 17 September, 2022.

SEJUMLAH 24 orang terbunuh dalam pertempuran di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan, menurut  Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan pada Jumaat.

Kesemua mayat dibawa ke hospital di wilayah Batken, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 90 orang di pihak Kyrgyz cedera dalam pertempuran itu.

Konflik antara pengawal sempadan kedua-dua  negara itu tercetus pada awal Jumaat.

Kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung pihak yang melanggar perjanjian namun bersetuju untuk pelucutan senjata pada 4 petang waktu tempatan (2200 GMT).

Ketegangan di wilayah itu akibat pertikaian sempadan, termasuk pengairan pertanian, kawasan ragut ternakan, penyeludupan dan lintasan sempadan haram.

Kyrgyzstan menutup pintu kastamnya dengan Tajikistan pada 21 Mei 2021, sehingga isu sempadan diselesaikan. – Bernama, 17 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen