Mexico akan bentang pelan hentikan konflik Ukraine di PBB


Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador mengecam PBB yang disifatkannya tidak aktif berdepan konflik. – Gambar AFP, 17 September, 2022.

MEXICO akan membentangkan pelan keamanan untuk Ukraine kepada Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu hadapan, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Jumaat.

Cadangan itu adalah supaya Pope Francis, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan Perdana Menteri India Narendra Modi untuk mengadakan dialog dan membentuk jawatankuasa keamanan, katanya.

“Perkara terpentung sekarang adalah mendapatkan perjanjian untuk menghentikan perang di Ukraine,” kata Lopez Obrador dalam ucapannya sempena Hari Kemerdekaan Mexico.

“Misi keamanan patut serta merta mencari jalan untuk menghentikan keganasan di Ukraine dan memulakan rundingan lansung dengan Presiden Ukraine (Volodymyr) Zelensky dan Presiden Rusia (Vladimir) Putin,” katanya.

Lopez Obrador yang negaranya bukanlah ahli tetap Majlis Keselamatan PBB, turut mengecam PBB kerana “tidak aktif” berdepan konflik.

Katanya, Menteri Luar Marcelo Ebrard akan membentangkan cadangan itu kepada Perhimpunan Agung PBB di New York yang akan dihadiri hampir 150 ketua negara dan kerajaan.  – AFP, 17 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen