SEKURANG-KURANGNYA 16 kanak-kanak sekolah maut pada Jumaat apabila bas mini bertembung dengan sebuah trak di lebuh raya Afrika Selatan sekitar 300km ke utara Durban, kata kerajaan wilayah.
Kementerian pengangkutan wilayah KwaZulu-Natal melaporkan 16 kematian akibat perlanggaran itu.
Media tempatan melaporkan seramai 19 kanak-kanak - berumur antara lima dan 12 tahun - di samping tiga orang dewasa.
“Kematian begitu ramai nyawa masih muda adalah tragedi yang serius,” kata menteri pengangkutan wilayah Sipho Hlomuka dalam satu kenyataan.
Kemalangan berlaku di kawasan Pongola, berhampiran sempadan dengan Eswatini.
Jalan raya Afrika Selatan adalah antara yang paling maju di benua itu, tetapi keselamatan masih menjadi isu dengan kebanyakan kemalangan berpuncab daripada pemanduan secara melulu. – AFP, 17 September, 2022.
Komen