MMA mahu peruntukan lebih tinggi kepada sektor kesihatan


Kenaikan peruntuk dalam Bajet 2023 ini penting bagi menangani kekurangan tenaga kerja di kemudahan penjagaan kesihatan awam, kata Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai.

PUTRAJAYA sepatutnya menaikkan peruntukan sebanyak 5% untuk penjagaan kesihatan dalam Bajet 2023 bagi menunjukkan komitmennya dalam memperbaharui sektor itu, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini.

Dalam Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai berkata ini penting bagi menangani kekurangan tenaga kerja di kemudahan penjagaan kesihatan awam.

“Kami berharap 1,500 jawatan tetap semasa untuk tahun depan dapat digandakan,” kata Muruga dalam satu kenyataan.

“Kami juga berharap akan ada penambahan peruntukan untuk menyokong program pengkhususan. Penekanan diperlukan dalam bidang ini untuk menangani kedua-dua kekurangan mendesak doktor pakar dan memastikan Malaysia dilengkapi dengan pengkhususan yang akan mendapat permintaan tinggi apabila negara mencapai status negara tua.”

Pada 2030, 15% daripada penduduk Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas.

Muruga berkata pembiayaan tambahan itu diperlukan untuk menaik taraf dan menyelenggara kemudahan semasa.

Katanya kemudahan baharu juga diperlukan di kawasan luar bandar untuk memastikan pengagihan penjagaan kesihatan yang sama rata.

Beliau berkata infrastruktur yang sepadan, seperti jalan raya, mesti siap dan berjalan untuk kebolehcapaian.

“Kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak adalah amat diperlukan. Terdapat juga keperluan untuk pusat respiratori di Kedah.”

Pusat rawatan pakar juga mesti didirikan di bahagian utara dan selatan Semenanjung untuk mengurangkan masa perjalanan pesakit, katanya. – 16 September, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen