2,375 kes baharu Covid-19, 3 kematian


MALAYSIA mencatatkan 2,375 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 2,431 kes sehari sebelumnya.

Laman web CovidNow menunjukkan negara mencatatkan lebih daripada 4.8 juta jangkitan sejak permulaan wabak pada Mac 2020.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 683, diikuti Kuala Lumpur (458) dan Sabah (230).

Perak mencatatkan 221 kes baharu, Negeri Sembilan (84), Johor (71), Sarawak (106), Melaka (113), Pulau Pinang (108), Putrajaya (47), Kedah (70), Pahang (69), Terengganu (28), Kelantan (74) dan Perlis (9) dan Labuan (4).

Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian akibat virus semalam. Kematian berlaku di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Angka kematian berjumlah 36,299 orang.

Seramai 53 orang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 16 September 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen