Korban banjir di Pakistan hampir 1,500 orang


Banjir yang dicetuskan hujan monsun dan pencairan glasier di pergunungan utara telah menjejaskan 33 juta penduduk. – Gambar AFP, 16 September, 2022.

BANJIR besar di Pakistan telah mengorbankan hampir 1,500 orang setakat ini, menurut data pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Sementara itu, ratusan ribu orang hilang tempat tinggal, lapor Agensi berita Jordan (Petra).

Banjir yang dicetuskan hujan monsun dan pencairan glasier di pergunungan utara telah menjejaskan 33 juta penduduk, menghanyutkan rumah, pengangkutan, tanaman dan ternakan, manakala kerosakan dianggarkan mencecah AS$30 bilion. – AFP, 16 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen