RUMAH Putih semalam meluluskan pakej baharu sehingga AS$600 juta bantuan ketenteraan tambahan untuk Ukraine ketika Washington bergerak menyokong serangan balas Kyiv terhadap pasukan penceroboh Rusia.
Bantuan itu terdiri daripada peralatan dan perkhidmatan serta latihan, kata cawangan eksekutif itu dalam satu kenyataan.
Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan berkata pakej itu akan merangkumi 37,000 peluru meriam di mana 1,000 akan dipandu ketepatan dan empat radar artileri balas, antara senjata dan peralatan lain.
Lebih banyak peluru juga akan disediakan untuk sistem roket Himars, kata Pentagon tanpa menyatakan sama ada ia termasuk peluru berpandu jarak jauh yang dikenali sebagai ATACMS yang diminta oleh Kyiv selama berbulan-bulan.
Sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari, Amerika Syarikat memberikan lebih daripada AS$15 bilion bantuan ketenteraan kepada Kyiv.
Pengumuman terbaru AS ini dibuat dua minggu selepas tentera Ukraine mula melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap tentera Rusia. – AFP, 16 September, 2022.
Komen