2,431 kes baharu Covid-19, 5 kematian


MALAYSIA mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 semalam kepada 2,431 berbanding 1942 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,811,327 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 720 kes, diikuti Kuala Lumpur (452) dan Sabah (219).

Perak mencatatkan 122 kes baharu, Negeri Sembilan (105), Johor (64), Sarawak (112), Melaka (82), Pulau Pinang (108), Putrajaya (46), Kedah (100), Pahang (64), Terengganu (34), Kelantan (78), Perlis (9) dan Labuan (4).

Kementerian Kesihatan juga melaporkan lima kematian Covid-19 semalam dengan satu kes diklasifikasikan meninggal dunia di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 36,296.

Kematian dilaporkan di Perak (3), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 62 orang, di mana 40 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 15 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen