SERANGAN ke atas unit tentera di utara Burkina Faso yang dilanda jihad membunuh lapan askar, kata tentera hari ini.
Unit itu “telah diserang hendap” 11 kilometer dari Oursi di wilayah Oudalan di wilayah Sahel pada Selasa, kata tentera dalam satu kenyataan.
“In the face of heavy enemy fire… eight soldiers unfortunately lost their lives during the fighting and a dozen others were injured,” it said.
Tentera menambah “41 pengganas” terbunuh dalam tindak balas tentera.
Unit itu disasarkan di kawasan yang sama di mana dua askar maut pada Isnin.
Terdahulu pada Rabu, sumber keselamatan memberikan jumlah tujuh orang maut.
“Mereka yang cedera, sebahagian daripada mereka parah dipindahkan. Pasukan bantuan dikerahkan di kawasan itu,” kata salah seorang sumber.
Serangan itu adalah yang keempat dalam tempoh kurang 10 hari di utara Burkina Faso.
Negara Afrika itu berada dalam cengkaman pemberontakan selama tujuh tahun yang meragut ribuan nyawa dan memaksa hampir dua juta orang meninggalkan rumah mereka.
Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 35 orang awam terbunuh dan 37 cedera apabila berlakunya letupan alat letupan buatan (IED) melanda konvoi yang membawa bekalan antara Djibo dan Bourzanga.
Keesokan harinya sekurang-kurangnya sembilan orang, tujuh orang awam dan dua askar terbunuh dalam dua serangan berasingan oleh suspek jihad.
Junta pemerintah Burkina yang merampas kuasa pada Januari mengisytiharkan perjuangan menentang pemberontakan sebagai keutamaan.
Ketua Junta Leftenan-Kolonel Paul-Henri Sandaogo Damiba memecat menteri pertahanannya pada Isnin dan mengambil alih peranan itu sendiri. – AFP, 15 September, 2022.
Komen