Wanita dituduh bunuh rakan hamil, curi bayi


SEORANG wanita dibicarakan di sebuah mahkamah di Texas atas tuduhan membunuh seorang kenalannya yang hamil dan memotong keluar bayi di dalam perut untuk dijadikan bayinya sendiri.

Taylor Parker, 29, berdepan hukuman mati dalam insiden serangan pada Oktober 2020 di New Boston itu terhadap mangsa, Reagan Simmons-Hancock, 21. Bayi berkenaan maut.

Parker mengaku tidak bersalah atas tuduhan bunuh.

Pendakwa berkata Parker menyamar sebagai mengandung kepada teman lelakinya dna memuat naik di media sosial tentang perubahan dirinya, konon mengandung dan pada masa sama mencari mangsa berpotensi.

Parker tidak boleh mengandung kerana menjalani pembedahan histerektomi.

Pendakwa berkata Parker berbuat demikian untuk menipu teman lelakinya supaya tidak meninggalkannya.

Pada 9 Oktober, 2020 Parker pergi ke rumah Simmons-Hancock yang hamil trimester ketiga, dan menikam mangsa lebih 100 kali.

Parker dikatakan memotong keluar fetus daripada perut mangsa, dan membiarkan anak mangsa berusia tiga tahun tidur di bilik sebelah, sebelum lari dari tempat kejadian.

Parker sedang memandu dengan bayi itu di pangkuannya ketika polis menahannya selepas itu. Katanya, dia baru lepas melahirkan.

Bayi itu dikejarkan ke hospital, tetapi meninggal dunia. – AFP, 15 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen