Beratur 4 km untuk beri penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II


Keranda membawa jasad Ratu Elizabeth II dibawa ke Westminster Hall di London di mana orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir. – Gambar AFP, 15 September, 2022.

SELEPAS menunggu dengan sabar dalam panas dan hujan, orang ramai akhirnya dapat melihat keranda membawa jasad Ratu Elizabeth II di London ketika ia diletakkan di Westminster Hall, bangunan berusia 925 tahun.

Sepanjang 4km, orang ramai turut memasang khemah sejak dua hari lalu dengan hasrat untuk memberi kehormatan terakhir kepada keranda yang diselimuti bendera dibawa dai Istana Buckingham sehari sebelumnya.

“Suasana di dalam Westminster Hall agak tenang dan emosional. Ramai yang menangis, tetapi senyap,” kata Sue Harvey, 50, ketika keluar dari dewan itu.

“Saya mahu melihat ratu, tidak peduli berapa panjang saya perlu beratur,” katanya.

Orang ramai menunduk hormat ke arah keranda itu. Ada juga yang membuat tanda salib atau membuka topi masing-masing sebagai tanda hormat.

Ada yang berdoa di depan keranda itu, ada yang mengelap air mata dengan tisu. Antara mereka da yang membawa bayi di dalam kereta sorong bayi.

Raja Charles III mengetuai keluarga diraja berarak ke Westminster Hall di belakang keranda ratu, sambil diiringi lagu majlis pengebumian yang dimainkan oleh pancaragam tentera.

Raja, semua adiknya dan anaknya Putera William dan Harry, berjalan pada jarak 75 langkah seminit di belakang pedati meriam ketika loceng di Big Ben dibunyikan dari Menara Elizabeth di Parlimen dan meriam dilepaskan sebagai tanda penghormatan dari Hyde Park. – AFP, 15 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen