AKTIVIS Hak asasi Sarawak Peter John Jaban berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini untuk membenarkan pemohonan menukar agama didengar di mahkamah syariah berbanding mahkamah sivil merupakan kekecewaan terhadap kebebasan beragama untuk rakyat Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia.
Aktivis Persatuan sarawak Dayak Iban (Sadia) turut mencadangkan cara untuk menyelesaikan kes bagi mereka yang mahu meninggalkan Islam, dan berkata masih terdapat banyak kes murtad yang tertangguh di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Antara cadangannya adalah dengan meminda syarat untuk menukar agama kepada Islam bagi mereka yang mengahwini orang Islam kerana pertukaran agama dan membesarkan anak-anak sepatutnya menjadi perkara peribadi dan pilihan keluarga. Ini diamalkan di beberapa negara di Timur Tengah, Bosnia dan Indonesia, katanya.
Tiga dari empat perayu dalam kes hari ini adalah bukan Islam sejak lahir dan hanya ditukar untuk memudahkan perkahwinan mereka dengan orang Islam.
“Kita tidak mahu negara kita terlibat dalam konflik yang timbul kerana agama,” kata Jaban selepas keputusan mahkamah hari ini.
“Di negara berbilang budaya seperti Malaysia, dan khususnya di Sarawak di mana campuran keagamaan lebih ketara, mesti ada pemisahan politik dan agama supaya kita rakyat Sarawak boleh hidup harmoni dengan satu sama lain seperti nenek moyang kita sebelum pembentukan Malaysia.
“Sarawak harus mengelakkan contoh-contoh negara-negara terdahulu yang terpisah daripada penyalahgunaan agama dalam politik untuk kekal sebagai negara sekular seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dalam usahanya untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih baik untuk hidup.”
Jaban juga mencadangkan agar proses menukar agama dipermudahkan bagi penduduk asli Sarawak yang ingin kembali kepada budaya kelahiran mereka.
“Ini adalah orang-orang yang tidak dilahirkan dalam Islam atau dibesarkan dalam amalan agama yang betul. Mereka hanya ingin kembali ke kehidupan di komuniti asal mereka.
“Itulah sebabnya mereka perlu dibebaskan dari status agama yang tidak sesuai dengan cara hidup dan kepercayaan mereka. (Tetapi) kerana mereka masih dianggap sebagai orang Islam, mereka menggambarkan cara hidup dan tingkah laku yang dianggap berdosa di mata Islam,” kata Jaban.
Sarawak mempunyai populasi majoriti Kristian, walaupun di peringkat kebangsaan ia adalah agama minoriti dengan kira-kira kurang daripada 10% penganut.
Mahkamah Persekutuan di Kuching hari ini sebulat suara menolak rayuan tiga orang mualaf dan seorang Muslim sejak lahir untuk mengemukakan permohonan mereka menukar agama yang didengar di mahkamah tinggi sivil. Keputusan mahkamah agung berdasarkan kepada keputusan yang dikatakan memberikan bidang kuasa kepada mahkamah syariah Sarawak untuk mendengar permohonan menukar agama.
Epat individu terbabit membawa kes mereka ke Mahkamah Persekutuan selepas mahkamah sivil enggan mendengar permohonan mereka atas alasan bahawa mereka adalah kes keagamaan. Mahkamah syariah Sarawak juga tidak akan bertindak atas alasan mereka mendakwa tidak ada peruntukan undang-undang untuk memberi mereka kuasa untuk mendengar kes-kes itu.
Sementara itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) mengkritik Jabatan Peguam Negara negeri itu kerana gagal menjelaskan terlebih dahulu bidang kuasa mahkamah syariah negeri untuk mendengar kes penukaran agama.
Jabatan Peguam Negara negeri boleh menyelamatkan empat perayu yang ingin menukar Islam daripada “membazirkan masa memfailkan kes mereka dengan Mahkamah Persekutuan,” kata ketua Pemuda PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit.
Ketuanya Saferi Ali memberitahu Mahkamah Persekutuan semalam bahawa mahkamah syariah negeri mempunyai bidang kuasa untuk nendengar kes penukaran agama di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001.
Hamit berkata pihak berkuasa agama negeri perlu memberikan penjelasan mengenai perkara-perkara yang melibatkan penukaran agama.
Beliau berkata hasil kepada empat individu terbabit yang mahu mengamalkan agama pilihan mereka mempunyai hak kebebasan agama yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang dilanggar.
PAS Sarawak sementara itu berkata, keputusan mahkamah persekutuan itu menunjukkan tindakan parti Islam terbabit untuk membuat pindaan bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah dan untuk meminda undang-undang persekutuan mengenai hukuman shariah.
“Ia tepat pada masanya dan sekarang perlu disokong, terutamanya pemimpin politik Melayu Islam di negeri ini,” kata Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berhubung keputusan itu.
Beliau menambah bahawa lebih banyak usaha diperlukan untuk menegakkan institusi mahkamah syariah untuk mengatasi pertembungan bidang kuasa antara mahkamah syariah dan sivil.
“Kerjasama antara semua agensi kerajaan, NGO, parti politik dan individu Islam adalah penting dalam mempertahankan keimanan di Sarawak,” katanya, sambil menambah bahawa kebajikan perlindungan Muslim harus ditingkatkan untuk mencegah kemurtadan. – 27 Februari, 2018.
Komen