Saham Asia merosot susulan laporan inflasi AS tinggi


Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Seoul, Taipei dan Sydney semuanya rendah, membalikkan keuntungan yang dibuat sejak beberapa hari lepas disebabkan jangkaan pasaran yang positif daripada laporan indeks harga pengguna Jabatan Buruh AS. – Gambar EPA, 14 September, 2022.

PASARAN Asia jatuh pada Rabu, menjejaki kerugian di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selepas peniaga bertindak balas secara negatif kepada data inflasi AS yang lebih tinggi.

Data inflasi AS yang tinggi berbanding jangkaan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan tempoh kenaikan kadar faedah yang berpanjangan.

Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Seoul, Taipei dan Sydney semuanya rendah, membalikkan keuntungan yang dibuat sejak beberapa hari lepas disebabkan jangkaan pasaran yang positif daripada laporan indeks harga pengguna (CPI) Jabatan Buruh AS.

Pada Selasa, data kerajaan AS menunjukkan kenaikan tahunan dalam CPI telah perlahan sedikit pada Ogos kepada 8.3 peratus, namun terus meningkat bulan ke bulan, naik sebanyak 0.1 peratus.

Berita itu menggegarkan pasaran ekuiti, di mana terdapat jangkaan meluas mengenai inflasi tahun ke tahun AS sekitar lapan peratus, dengan penurunan harga berbanding Julai.

Tokyo mendahului kerugian hari ini di Asia, dengan Nikkei 225 menjunam 2.8 peratus.

Di Hong Kong, saham ditutup rendah lebih dua peratus, dengan konglomerat China Fosun melihat nilainya hilang berbilion-bilion apabila pelabur bertindak balas terhadap laporan media yang kumpulan itu berada di bawah pengawasan pengawal selia.

Bursa Eropah utama mengikuti arah aliran, dengan London, Frankfurt dan Paris dibuka lebih rendah. – AFP, 14 September, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen