EU kekalkan sekatan terhadap Rusia


Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen berkata inilah masanya untuk EU menunjukkan keazaman, bukannya reda dengan apa yang terjadi daripada konflik Rusia-Ukraine. – Gambar EPA, 14 September, 2022.

PRESIDEN Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen pada Rabu berkata gelombang sekatan EU yang berturut-turut terhadap Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine akan kekal.

“Saya ingin jelaskan, sekatan akan kekal. Ini masa untuk kita tunjuk keazaman, bukannya reda,” kata von der Leyen di Parlimen Eropah semasa ucapan tahunan Negara Kesatuan.

Wanita pertama Ukraine Olena Zelenska menghadiri perhimpunan di Strasbourg, menerima tepukan gemuruh daripada penggubal undang-undang.

Von der Leyen memberitahu anggota Parlimen beliau akan ke Kyiv untuk bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

“Saya akan pergi ke Kiev hari ini untuk bertemu Presiden Zelensky” bagi membincangkan “secara terperinci” penerusan bantuan Eropah, katanya.

“Buat pertama kali dalam sejarahnya, Parlimen ini membahaskan keadaan Kesatuan kita sementara perang sedang berkobar di bumi Eropah,” kata von der Leyen.

“Wahai Olena, perlukan keberanian yang besar untuk tentang kekejaman Putin. Anda jumpa keberanian itu,” katanya. – AFP, 14 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen