Seorang maut, 2 cedera insiden tembakan di Thailand


Polis berkawal di depan bangunan tentera di Bangkok susulan insiden seorang anggota tentera melepaskan tembakan rambang. – Gambar 14 September, 2022.

SEORANG maut dan dua yang lain cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di bangunan tentera di Bangkok, semalam, kata polis.

Jurucakap timbalan ketua polis Kissana Phathanacharoen berkata seorang suspek ditahan selepas insiden di Jabatan Latihan Tentera, yang terletak dalam kompleks besar bangunan tentera di utara ibu negara itu.

Media tempatan melaporkan suspek juga seorang tentera, namun motif tembakan itu masih tidak dapat dipastikan.

“Tembakan itu menyebabkan seorang maut dan dua cedera, dan polis tempatan sedang melakukan siasatan,” katanya.

Pada 2020, seorang tentera menembak mati 29 mangsa dalam insiden berlangsung selama 17 jam, dengan ramai yang lain cedera, sebelum suspek ditembak mati oleh komando.

Insiden itu menggemparkan Thailand. – AFP, 14 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen