Pemimpin dunia perlu kerjasama tangani isu bahaya, kata PBB


Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan krisis Tebing Gaza paling dramatik pernah disaksikannya. – Gambar EPA, 30 Ogos, 2017.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mohon solidariti dan kerjasama penuh pemimpin negara untuk menangani isu “dunia dalam bahaya” pada pembukaan Perhimpunan Agung PBB ke-77 (UNGA).

“Kita menghadapi dunia dalam bahaya di seluruh sistem kerja untuk memajukan keamanan, hak asasi manusia dan pembangunan mampan,” kata Guterres, memetik konflik dan perubahan iklim, sistem kewangan global yang rosak, kemiskinan, ketidaksamaan, kelaparan dan perpecahan.

“Menangani cabaran bersama memerlukan perpaduan berterusan kerana kita menunjukkan janji dan potensi besar organisasi ini.”

Minggu depan, berpuluh-puluh ketua negara dan kerajaan dari seluruh dunia akan bergilir-gilir berucap di perhimpunan agung itu.

Setakat ini tiada perubahan jadual, namun dengan upacara pengebumian Ratu Elizabeth II akan diadakan pada Isnin dan dihadiri ramai pemimpin dunia, prosiding UNGA minggu depan mungkin diubah.

Sidang kemuncak pendidikan dijadualkan Isnin ini di mana 90 pemimpin sebelum ini mengesahkan kehadiran mereka, akan diteruskan.

Guterres tidak akan ke London untuk pengebumian ratu, kata jurucakapnya. – AFP, 14 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen