Badan pemantau EU luluskan vaksin sasar subvarian Omicron


Badanpemantau ubat-ubatan EU semalam meluluskan vaksin yang khusus menyasarkan jenis baharu dan menular bagi varian Omicron. – Gambar EPA, 13 September, 2022.

BADAN pemantau ubat-ubatan EU semalam meluluskan vaksin yang khusus menyasarkan jenis baharu dan menular bagi varian Omicron di tengah-tengah kebimbangan gelombang baharu jangkitan musim sejuk Covid-19.

Vaksin yang dipanggil “bivalen” yang dihasilkan oleh Pfizer/BioNTech dibuat khas untuk BA.4 dan BA.5 yang mudah dijangkiti bagi varian tersebut dan merupakan yang pertama seumpamanya diluluskan dalam 27 negara.

“Saranan ini akan memperluaskan lagi vaksin yang tersedia untuk melindungi orang ramai daripada Covid-19 ketika wabak itu berterusan dan gelombang jangkitan baharu yang dijangka melanda pada musim sejuk,” kata Agensi Ubat Eropah (EMA).

Suntikan terbaharu itu dibuat khas untuk mereka yang berusia lebih dari 12 tahun dan sudah menerima sekurang-kurangnya satu vaksin utama koronavirus dan ia adalah versi penyesuaian vaksin Comirnaty asal Pfizer.

Negara Eropah mahu suntikan diberi kepada generasi baharu supaya mereka boleh memulakan kempen suntikan dos penggalak menjelang lonjakan kes Covid-19 pada akhir tahun ini.

Vaksin terbaharu “lebih sepadan dengan varian SARS-CoV-2 yang dikeluarkan dan dijangka memberikan perlindungan lebih luas terhadap varian yang berbeza, kata EMA.

Saranan EMA yang kini akan dihantar kepada Suruhanjaya Eropah untuk keputusan muktamad secara khusus berdasarkan data klinikal daripada vaksin Pfizer yang bertujuan untuk virus asal dan varian Omicron BA.1.– AFP, 13 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen