PENGARAH “La La Land” Damien Chazelle pada Isnin menayangkan secara ringkas tentang “Babylon” di festival filem Toronto, karya yang ditunggu-tunggu mengenai kehidupan Hollywood pada 1920-an dipenuhi dadah dan hedonistik.
Filem yang dibintangi Brad Pitt, Olivia Wilde dan Margot Robbie, akan keluar pada Disember, menumpukan anatara lain pada sisi gelap awal Tinseltown, dengan treler menunjukkan watak-watak yang diilhamkan oleh bintang-bintang era filem senyap yang menghadiri pesta liar penuh dengan kokain, gajah dan penari bogel.
“Ia tentang semangat ketika itu, yang lebih banyak saya boleh katakan sebagai ‘Wild West’ berbanding konsep kami tentang ‘Roaring Twenties’,” kata Chazelle kepada penonton.
“Terdapat lebih banyak dadah, lebih banyak kehidupan yang melampau di semua penghujung spektrum daripada yang saya fikir ramai orang sedar.”
Filem itu, yang masih dalam penerbitan dan belum ditayangkan sepenuhnya kepada penonton, sudah pun diletakkan oleh studio Paramount sebagai pesaing anugerah lain daripada Chazelle, yang membuat “Whiplash” yang memenangi Oscar sebelum menang Anugerah Akademi sebagai pengarah terbaik untuk “La La Land.”

Chazelle berkata watak-watak filem itu masing-masing diilhamkan oleh beberapa bintang dan mogul era filem senyap sebenar, walaupun secara teknikalnya adalah rekaan.
Pitt melakonkan watak bintang filem yang terkenal, ditunjukkan dalam treler yang merakam adegan pertempuran Abad Pertengahan yang epik, manakala Robbie sebagai seorang pelakon yang bercita-cita tinggi dan suka berpesta.
“Babylon” akan mencatatkan bagaimana kedatangan “filem bersuara” – filem dengan dialog yang dirakam – dan perubahan masyarakat selain teknologi yang lebih luas mengubah Los Angeles, sebuah bandar yang baru dibina “dari awal” di padang pasir California.
“Untuk melakukan itu, anda perlukan jenis orang gila tertentu. Ia adalah American Dream seperti ini, gila, ‘kita hanya akan mencipta sesuatu daripada kosong,’” kata Chazelle.
“Saya tidak fikir ia satu kejutan besar orang yang melakukan itu juga mengambil banyak dadah dan berpesta liar. Ini semua adalah sebahagian daripada tirainya.
“Jadi saya mahu cuba merakam semua itu, yang paling tinggi dan yang paling rendah.
“Kemanusiaan pada tahap yang paling glamor dan paling kebinatangan dan bejat. Anda perlukan semua itu untuk benar-benar menjelaskan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar.”
“Babylon” akan ditayangkan di pawagam terhad pada Hari Krismas – tepat pada masanya untuk layak menerima Oscar pada Mac – sebelum tayangan yang lebih meluas pada Januari. – AFP, 13 September, 2022.
Komen