4 mayat dengan 'tanda penyeksaan' ditemui di Kyiv


Ukraine menuduh tentera Rusia melakukan rentetan jenayah perang di Bucha, pinggir bandar Kyiv yang ditawan semula pada Mac apabila Moscow menarik balik tenteranya selepas gagal menawan ibu negara itu. – Gambar EPA, 13 September, 2022.

EMPAT mayat orang awam dengan “tanda penyeksaan” ditemui di sebuah kampung yang dirampas semula daripada tentera Rusia di wilayah timur utama, kata pihak berkuasa Ukraine semalam.

Ukraine baru-baru ini mendakwa kejayaan besar dalam serangan balas kilatnya di wilayah Kharkiv yang menyaksikan berpuluh-puluh penempatan dan lebih 2,000 kilometer persegi diambil semula.

Pejabat pendakwa wilayah berkata selepas kampung Zaliznychne ditawan semula, penduduk melaporkan tentera Rusia membunuh rakan sekampung mereka.

“Pada 11 September, pegawai penguatkuasa undang-undang menemui empat mayat. Kesemuanya menunjukkan tanda-tanda diseksa,” kata pihak pendakwa di media sosial.

“Tiga daripada mereka tertimbus berhampiran rumah persendirian, seorang lagi ditemui di wilayah kilang asfalt,” lapor pihak pendakwa di Facebook.

Kenyataan itu menambah, menurut siasatan awal, orang awam itu dibunuh oleh tentera Rusia ketika mereka menduduki kampung itu.

Pendakwa raya berkata mayat diserahkan untuk pemeriksaan forensik dan siasatan dijalankan “terhadap fakta pelanggaran undang-undang dan adat perang, digabungkan dengan pembunuhan dengan sengaja”.

Pemerhati hak asasi manusia Amnesty International dalam satu kenyataan menggesa pihak berkuasa Ukraine untuk “mengutamakan mendapatkan bukti” jenayah perang yang didakwa dilakukan oleh tentera Rusia.

“Mengumpul bukti sedemikian adalah sangat sumber intensif,” kata Pengarah Amnesty International untuk Eropah Timur dan Asia Tengah Marie Struthers.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa “untuk menyediakan sumber yang akan membantu usaha Ukraine”.

Pada Jumaat, wartawan AFP menyaksikan pegawai Ukraine menggali dua mayat di sebuah lagi kampung yang ditawan semula di wilayah itu, Grakove sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas kemungkinan jenayah perang.

Ukraine menuduh tentera Rusia melakukan rentetan jenayah perang di Bucha, pinggir bandar Kyiv yang ditawan semula pada Mac apabila Moscow menarik balik tenteranya selepas gagal menawan ibu negara itu. – AFP, 13 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen