Biden terima jemputan rasmi upacara pengebumian Ratu Elizabeth 


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan ditemani oleh wanita pertama Jill Biden untuk menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II Britain pada 19 September.– Gambar EPA, 12 September, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden secara rasmi menerima jemputan untuk menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II Britain pada 19 September.

Beliau akan ditemani oleh wanita pertama Jill Biden, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Rumah Putih pada Ahad.

“Pengebumian Negara Seri Paduka Baginda Permaisuri akan berlangsung di Gereja Westminster pada Isnin 19 September jam 1100 malam BST,” umum Istana Buckingham pada Sabtu.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di United Kingdom, meninggal dunia pada Khamis di kediaman musim panasnya di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun selepas 70 tahun menduduki takhta.

Kerandanya tiba di Istana Holyroodhouse di Edinburgh, ibu negara Scotland pada Ahad.

Keranda Ratu akan dibawa ke Lapangan Terbang Edinburgh pada Selasa untuk diterbangkan ke London.

Ia akan ditempatkan di Dewan Westminster untuk orang ramai memberi penghormatan sehingga pengebumian negara itu. – Bernama, 12 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen