1,483 kes baharu Covid-19 


MALAYSIA terus merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 semalam kepada 1,483 berbanding 1,971 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,805,107 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 328 kes, diikuti Selangor (268) dan Perak (138).

Sabah mencatatkan 127 kes baharu, Negeri Sembilan (110), Johor (73), Sarawak (86), Melaka (67), Pulau Pinang (63), Putrajaya (43), Kedah (54), Pahang (49), Terengganu (26), Kelantan (37), Perlis (12) dan Labuan (2).

Kementerian Kesihatan turut melaporkan tiga kes kematian Covid-19 semalam dengan satu kes diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan 36,280.

Daripada tiga kes kematian itu, dua dilaporkan di Johor dan satu di Terengganu.

Jumlah pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini 68 orang, yang mana 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 12 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen