Charles III rasmi raja Australia, New Zealand


Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menyambut orang yang berkabung di luar Istana Buckingham di London pada 9 September 2022, sehari selepas kematian Ratu Elizabeth II. – Gambar EPA, 11 September 2022.

RAJA Charles III secara rasmi dinamakan sebagai raja di Australia dan New Zealand pada Ahad, dalam upacara serentak menandakan kenaikan takhta baginda.

Di Canberra, Gabenor Jeneral David Hurley mengisytiharkan “Putera Charles Philip Arthur George menjadi Raja Charles III, dengan rahmat Tuhan, Raja Australia”.

Pada majlis yang sama di Wellington, Perdana Menteri Jacinda Ardern memuji Charles, berkata beliau “sudah lama menyayangi Aotearoa New Zealand, secara konsisten menunjukkan keprihatinannya yang mendalam terhadap negara kita”.

Kedua-dua upacara itu adalah formaliti sahaja.

Kedua-dua bekas tanah jajahan British itu merdeka selama beberapa dekad tetapi mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, yang akan berlepas ke London minggu ini untuk menghadiri pengebumian Ratu Elizabeth, mengumumkan 22 September akan menjadi cuti umum di Australia untuk mengingati kematiannya. – AFP, 11 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen