Jangan jadikan Bajet 2023 belanjawan PRU15, kata ahli ekonomi


Raevathi Supramaniam

Kenaikan inflasi paling membebankan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana terutama dengan peningkatan harga makanan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2022.

PUTRAJAYA tidak boleh menjadikan Bajet 2023 sebagai belanjawan pilihan raya dengan membelanjakan peruntukan untuk tujuan yang salah, kata ahli ekonomi.

Profesor Rajah Rasiah, pakar ekonomi di Universiti Malaya berkata kerajaan perlu terus mengutamakan kumpulan berpendapatan rendah dan menengah pada Bajet 2023 kerana kelompok itu paling teruk terbeban dengan kenaikan inflasi.

Rasiah menggarikan empat initiatif utama – keselamatan makanan, kesenjangan pendapatan, digitalisasi dan pembuatan farmaseutikal tempatan- yang perlu ditangani dalam Bajet 2023.

“Walaupun kerajaan sentiasa murah hati dengan menyokong sektor perniagaan, ia perlu terus memberikan tumpuan kepada kumpulan B40 dan M40 seperti mana dilakukan sejak 2020 sehingga sekarang. Mereka paling teruk terkesan dengan inflasi,” katanya.

“Semua inisiatif dalam proses persediaan bajet perlu melibatkan semakan mendalam dasar semasa, termasuk pencapaian, kekurangan dan menentu ukur semula semua perkara penting.

“Kerajaan perlu memperkenalkan sistem baucer yang hanya terikat dengan pembelian barangan keperluan asas yang kemudiannya diedarkan kepada kumpulan B40.

“Baucer ini boleh ditetapkan dengan nilai berbeza supaya ia sampai kepada kumpulan sasaran pada masa susah sekarang mahupun masa lebih senang.”

Inflasi Malaysia yang diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) naik kepada 4.4% tahun-ke-tahun (YoY) pada Julai lepas disumbangkan oleh kenaikan inflasi makanan dan minuman bukan beralkohol, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. – 12 September, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen