Hujan redakan sedikit kebakaran hutan di California


Api Fairview dapat dikawal 40% pada petang Sabtu selepas perintah keluar dari rumah dikuatkuasakan dan dua mangsa maut, kata pihak berkuasa di California. – Gambar EPA, 11 September, 2022.

PASUKAN bomba California dapat bertenang sedikit apabila ribut tropika membawa hujan dan suhu lebih sejuk di kawasan kebakaran hutan di pinggir Los Angeles semalam.

Api Fairview dapat dikawal 40% pada petang Sabtu selepas perintah keluar dari rumah dikuatkuasakan dan dua mangsa maut, kata pihak berkuasa.

Kebakaran tercetus pada Isnin ketika gelombang panas melanda di barat daya Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kawasan seluas 11,300 hektar terbakar dan memusnahkan lebih 20 bangunan.

Ribut Kay, yang membawa hujan lebat di Mexico pada Khamis serta taufan dapat membantu memadam kebakaran itu.

“Aktiviti kebakaran berkurangan kerana cuaca lembab daripada ribut Kay,” kata kenyataan bomba. – AFP, 11 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen