MALAYSIA mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 semalam kepada 1,971 berbanding 1,990 kes sehari sebelumnya.
Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak ialah 4,803,624 kes.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 590 kes, diikuti Kuala Lumpur (371) dan Perak (188).
Sabah mencatatkan 160 kes baharu, Negeri Sembilan (75), Johor (73), Sarawak (85), Melaka (91), Pulau Pinang (102), Putrajaya (38), Kedah (63), Pahang (42), Terengganu (24), Kelantan (45) dan Perlis (20) dan Labuan (4).
Kementerian Kesihatan juga melaporkan tiga kematian Covid-19 semalam tanpa kes kematian luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan 36,277.
Tiga kematian adalah di Melaka (1), Pahang (1) dan Sarawak (1).
Jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 69 orang, yang mana 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 11 September, 2022.

Komen