Gempa bumi 7.6 magnitud landa Papua New Guinea


Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda Papua New Guinea pagi ini, dengan penduduk tempatan melaporkan kerosakan beberapa bangunan berhampiran bandar Madang. – Gambar fail AFP, 11 September, 2022.

GEMPA bumi berukuran 7.6 magnitud melanda Papua New Guinea pagi ini, dengan penduduk tempatan melaporkan kerosakan beberapa bangunan berhampiran bandar Madang dan kawasan sekitar.

Geological Survey Amerika Syarikat yang melaporkan gempa itu mengeluarkan amaran tsunami tetapi kemudian berkata ancaman itu sudah berlalu.

Bagaimanapun ia menyatakan mungkin masih ada gempa kecil pada paras air laut di beberapa kawasan tepi pantai.

Penduduk di Madang berkata mereka merasakan gegaran kuat.

Gempa itu melanda dengan kedalaman 61km, kira-kira 67km dari bandar Kainantu.

Papua New Guinea terletak di “lingkaran api” Pasifik, menyebabkan ia sering dilanda gempa bumi.

Ada 2004 di negara berjiran Indonesia, gempa bumi 9.1 magnitud mencetuskan tsunami yang menyebabkan 220,000 terkorban di seluruh rantau itu, termasuk 170,000 di Indonesia. – AFP, 11 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen