SEKURANG-kurangnya 18 orang maut Sabtu apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori minyak di utara Mexico, kata pihak berkuasa.
Kemalangan itu berlaku pada awal pagi di, menurut satu kenyataan dari pejabat pendakwaraya Tamaulipas.
Menurutnya 18 mangsa terbakar apabila bahan api dalam trak itu meletup.
Bas itu memulakan perjalanan dari negeri Hidalgo, di tengah Mexico, menuju ke Monterrey.
“Akibat rempuhan dengan sebuah lori kontena, malangnya terdapat 18 kematian setakat ini,” kata kenyataan itu.
Katanya siasatan berhubung punca sebenar kemalangan masih diteruskan. – AFP, 11 September, 2022.
Komen