Menteri luar Peru letak jawatan


Menteri Luar Peru Miguel Angel Rodriguez meletak jawatan semalam, menjadi ketua diplomatik keempat yang berundur di bawah Presiden Pedro Castilo. – Gambar AFP, 10 September, 2022.

MENTERI Luar Peru Miguel Angel Rodriguez meletak jawatan semalam, menjadi ketua diplomatik keempat yang berundur di bawah Presiden Pedro Castilo yang kerajaannya dimusnahkan oleh ketidakstabilan politik.

Castillo, yang terselamat daripada dua percubaan pemecatan sejak mengambil alih pada Julai 2021 dan berdepan enam siasatan jenayah terhadap dakwaan rasuag yang menyaksikan gelombang pelantikan utama meletak jawatan tahun ini.
 
Bulan lepas bekas perdana menteri Anibal Torres menjadi penyandang keempat meletak jawatan daripada kerajaan Castillo yang turut menyaksikan tujuh menteri dalam negeri meletak jawatan.

Rodriguez mengumumkan “peletakan jawatannya yang tidak boleh ditarik” dalam surat yang dikongsi di akaun Twitter kementerian luar negeri.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan perselisihan pendapat antara Rodriguez dan Castillo termasuk mengenai isu alam sekitar berprofil tinggi.

Menteri luar negeri pertama Castillo ialah bekas pejuang gerila Héctor Béjar, yang hanya bertahan 19 hari dalam jawatan itu.

Presiden berhaluan kiri itu yang diserang tanpa henti daripada saingan sayap kanannya hadir di hadapan pendakwa raya pada Isnin untuk menjawab tuduhan beliau menjalankan rangkaian rasuah dari pejabatnya, menolak dakwaan itu sebagai muslihat politik untuk menjatuhkannya.

Beliau sedang menjalani penggal lima tahun yang berakhir pada 2026 dan tidak boleh dibicarakan semasa memegang jawatan.

Peru tidak asing dengan ketidakstabilan: ia mempunyai tiga presiden berbeza dalam lima hari pada 2020, dan lima presiden dan tiga badan perundangan sejak 2016. – AFP, 10 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen