PENERBANGAN pesawat dari Lapangan Terbang Aleppo disambung semula hari ini selepas pembaikan dilakukan di lapangan terbang kedua terbesar di Syria berikutan serangan udara Israel awal minggu ini.
Kerosakan pada landasan utama dalam serbuan Selasa lepas menyebabkan lapangan terbang itu tidak beroperasi tetapi kementerian pengangkutan berkata pembaikan kini sudah selesai dan lapangan itu bersedia untuk dibuka semula.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negeri Sana, kementerian itu berkata trafik udara akan disambung semula mulai tengah hari.
Serangan Israel yang menurut pemerhatian perang yang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights menyasarkan sebuah gudang yang digunakan oleh militan yang disokong Iran adalah yang kedua melanda lapangan terbang itu dalam masa seminggu sahaja.
Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel melakukan ratusan serangan terhadap jirannya di utara menyasarkan tentera kerajaan dan tentera sekutu yang disokong Iran serta pejuang Hizbullah. – AFP, 9 September, 2022.
Komen