SEORANG lelaki melakukan serangan menggunakan pisau menyebabkan dua mangsa cedera di sebuah bandar di selatan Jerman semalam, sebelum ditembak mati polis.
Polis berkata mereka menyiasat kemungkinan serangan itu ada kaitan dengan konteks pengganas.
Suspek berusia 30 tahun menyerang beberapa orang ramai yang lalu lalang menggunakan pisau, berhampiran stesen kereta api di Ansbach, menurut polis.
Dua mangsa cedera ringan, katanya.
Ketika anggota keselamatan cuba menghalang serangan itu, suspek pula menyerang polis yang kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan. – AFP, 9 September, 2022.
Komen