2 maut nahas pesawat Tentera Laut Indonesia


Laksamana Yudo Margono ketika ditemui pemberita pada sidang media berkait kejadian tersebut. – Gambar Facebook, 8 September, 2022.

JURUTERBANG dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono lapor Xinhua.

“Kedua-duanya (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut,” kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503 dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan ketenteraan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu ditemui.

“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis),” kata Margono. – Bernama, 8 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen