Kanada lapor 1,317 kes cacar monyet


Kanada melaporkan 1,317 kes cacar monyet termasuk 35 dimasukkan ke hospital setakat Rabu. – Gambar AFP, 8 September, 2022.

AGENSI Kesihatan Awam Kanada (PHAC) melaporkan 1,317 kes cacar monyet termasuk 35 dimasukkan ke hospital setakat Rabu, lapor Xinhua.

Agensi kesihatan itu memaklumkan, di Ontario sebanyak 631 kes dilaporkan, di  Quebec (505 kes), British Columbia (139 kes), Alberta (34 kes), Saskatchewan (tiga kes), Yukon (dua kes) dan masing-masing satu di Nova Scotia, Manitoba dan New Brunswick. – Bernama, 8 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen