37 menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah


Seramai 37 menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Khamis. – Gambar EPA, 8 September, 2022.

SERAMAI 37 menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Ranil Wickremesinghe pada Khamis.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di bangunan Sekretariat Presiden di Colombo, lapor Xinhua.

Antara menteri yang mengangkat sumpah ialah, Menteri Kewangan Shehan Semasinghe, Menteri Pertahanan Pramitha Bandara Tennakoon dan Menteri Luar Tharaka Balasuriya. – Bernama, 8 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen