Polis Memphis buru suspek terlibat beberapa kes tembakan di AS


POLIS Memphis, Tennessee di Amerika Syarikat (AS) sedang giat memburu seorang suspek lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian tembakan. 

Jabatan Polis Memphis dalam satu kenyataan di Twitter pada Rabu memaklumkan suspek seorang “lelaki berkulit hitam” telah dikenal pasti sebagai Ezekiel Kelly dan memandu sebuah kenderaan berwarna kelabu, lapor Xinhua.

“Kami mendapat laporan bahawa dia merakam tindakannya di Facebook. Bagaimanapun, lokasi sebenar suspek masih belum dikenal pasti,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa dalam kejadian tembakan itu masih belum dapat dipastikan. –  Bernama, 8 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen