Kamala Harris wakili AS hadir pengebumian Abe


Shinzo Abe ditembak mati ketika menghadiri kempen pada Julai, dan ramai dijangka hadir pada majlis pengebumiannya 27 September ini. – Gambar EPA, 8 September, 2022.

NAIB Presiden Kamala Harris akan mengetuai delegasi Amerika Syarikat (AS) menghadiri pengebumian bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe, kata White House.

Lawatan itu sebagai memberi penghormatan kepada legasi Abe dan menegaskan kepentingan kepimpinan mendiang dalam mengukuhkan hubungan sekutu antara AS dan Jepun, kata jurucakap Kirsten Allen.

Sepanjang lawatan 25 hingga 29 September itu, Harris akan melawat Tokyo dan juga Seoul, bertemu pegawai kanan Jepun dan Korea Selatan, kata Allen.

Abe ditembak mati ketika menghadiri kempen pada Julai, dan kerajaan menjangkakan berpuluh-puluh ketua negara dan bekas ketua negara akan tiba bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Abe pada 27 September ini di Tokyo. – AFP, 8 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen