POLIS Kanada semalam menahan suspek terakhir dalam kes tikam rambang yang menyebabkan 10 terbunuh dan 18 cedera di kawasan pedalaman masyarakat Orang Asli, dua hari selepas suspek pertama ditemui mati.
Sebuah pikap yang ditinggalkan dikelilingi berpuluh-puluh kereta polis mengakhiri pemburuan dramatic selama empat hari di seluruh rantau Prairies.
Ia juga memberi rasa kelegaan kepada negara itu di mana insiden berkenaan adalam keganasan besar-besaran pernah berlaku dalam sejarah moden Kanada.
“Myles Sanderson ditahan polis kira-kira 3.30 petang. Keselamatan penduduk berkaitan siasatan kes ini kini terjamin,” kata polis.
Pihak berkuasa turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menyalurkan maklumat berkenaan suspek.
Sejam sebelum penahanan itu, polis mengeluarkan amaran berkenaan seorang lelaki bersenjatakan pisau di dalam sebuah kenderaan curi jenis Chevy Avalanche, menggesa orang ramai tidak keluar dari rumah.
Myles Sanderson dilaporkan mempunyai kesilapan lampau dan dikehendaki kerana melanggar parol pada Mei selepas menjalani hukuman penjara atas kesalahan serangan dan rompakan. – AFP, 8 September, 2022.
Komen