5 bersalah gambarkan penyokong demokrasi Hong Kong biri-biri


Lima ahli kesatuan terapi pertuturan didapati bersalah menghasut kerana menghasilkan tiga e-buku kanak-kanak yang menggambarkan penyokong demokrasi di bandar itu sebagai biri-biri. – Gambar EPA, 7 September, 2022.

LIMA ahli kesatuan Hong Kong didapati bersalah menghasut kerana menghasilkan satu siri buku kanak-kanak yang menggambarkan penyokong demokrasi di bandar itu sebagai biri-biri mempertahankan kampungnya daripada serigala.

Sabitan terbaru menggunakan akta hasutan era kolonial yang dikuatkuasakan pihak berkuasa bersama undang-undang keselamatan negara bertujuan menghapuskan perbezaan pendapat.

Pihak pendakwaan tertumpu kepada ahli kesatuan terapi pertuturan yang menghasilkan tiga e-buku bergambar bertujuan menerangkan gerakan demokrasi Hong Kong kepada kanak-kanak.

Dalam buku yang bertajuk “Pembela Kampung Biri-biri”, sekumpulan serigala cuba menduduki perkampungan haiwan itu yang melawan dan menghalau penyerang mereka.

Dalam satu lagi cerita, serigala digambarkan sebagai kotor dan membawa penyakit kepada perkampungan biri-biri itu.

Lai Man-ling, Melody Yeung, Sidney Ng, Samuel Chan dan Fong Tsz-ho didakwa mengikut akta hasutan dan ditahan di penjara selama lebih setahun sementara menunggu keputusan perbicaraan.

Selepas perbicaraan selama dua bulan, Hakim Kwok Wai-kin yang dipilih sendiri kerajaan untuk membicarakan kes keselamatan negara, mendapati kelima-lima tertuduh bersalah kerana bersubahat menyebarkan kandungan berunsur hasutan.

“Niat menghasut bukan hanya berpunca daripada kata-kata, tetapi daripada kata-kata dengan kesan terlarang yang bertujuan untuk membentuk minda kanak-kanak,” tulis Kwok dalam penghakimannya.

Ketika perbicaraan, pendakwa berhujah buku-buku itu mengandungi “sentimen anti-China” dan bertujuan “menghasut kebencian pembaca terhadap pihak berkuasa tanah besar”.

Mereka juga berkata buku itu bertujuan untuk menggalakkan warga Hong Kong mendiskriminasi “orang di tanah besar yang tinggal di Hong Kong”. – AFP, 7 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen