AHLI keluarga turut serta dalam operasi mencari 20 individu yang hilang selepas pergi ke aktiviti keagamaan di Venezuela, dua minggu lalu, kata pihak berkuasa.
Antara 16 hingga 20 individu dipercayai hilang, kata jurucakap pertahanan awam Yesnardo Canal, namun media tempatan melaporkan jumlah itu lebih tinggi.
Seorang bayi berusia lapan hari dan beberapa kanak-kanak lain turut hilang dalam kumpulan itu.
Mereka dilaporkan hilang sejak berlepas pada 22 Ogos di mana pihak berkuasa menyifatkan kumpulan itu menuju bandar La Grita di barat wilayah Tachira untuk menghadiri program keagamaan.
Lebih 30 pakar mencari dan menyelamat menyertai operasi itu yang turut dibantu dengan penggunaan dron, anjing pengesan dan penduduk tempatan di kawasan pergunungan, kata pihak berkuasa. – AFP, 7 September, 2022.
Komen