Rusia tidak jangka hubungan dengan UK lebih baik di bawah Truss


Kremlin menjangkakan hubungan Rusia dengan UK tidak akan lebih baik selepas perdana menteri baharu UK Liz Truss (gambar) mengambil alih pentadbiran. – Gambar EPA, 6 September, 2022.

RUSIA tidak menjangkakan sebarang perubahan pada hubungannya dengan Britain di bawah perdana menteri baharu Liz Truss, kata Kremlin pada Selasa.

“Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Madame Truss ketika beliau masih menteri luar negeri… boleh dijangkakan hubungan tidak akan lebih baik,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov seperti dipetik agensi TASS sebagai berkata.

Di bawah Perdana Menteri Boris Johnson, Britain merupakan salah satu penyokong tegar Ukraine susulan pencerobohan Moscow ke atas bekas republik Soviet itu.

Truss, yang akan secara rasmi mengambil alih jawatan perdana menteri pada Selasa, dijangka meneruskan dasar menentang Rusia. – AFP, 6 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen