Bekalan elektrik terputus, Korea Selatan dilanda taufan Hinnamnor


Taufan Hinnamnor menyebabkan tanah runtuh di Busan yang turut dilanda ombak kuat dan hujan lebat, memusnahkan kedai dan jalan raya di kawasan berhampiran pantai. – Gambar EPA, 6 September, 2022.

TAUFAN Hinnamnor menyebabkan tanah runtuh di Korea Selatan awal hari ini, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan seorang mangsa dilaporkan hilang, dengan laporan kerosakan teruk di beberapa kawasan.

Taufan itu yang paling kuat pernah melanda negara berkenaan dalam tempoh beberapa dekad, melanda pulau Jeju pada malam sebelumnya, dan diikuti dengan tanah runtuh di Busan yang turut dilanda ombak kuat dan hujan lebat, memusnahkan kedai dan jalan raya di kawasan berhampiran pantai.

Taufan itu bergerak dengan kelajuan 43 meter sesaat, kata pihak berkuasa.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan hilang selepas jatuh ke kawasan banjir di Ulsan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa menutup lebih 600 sekolah di seluruh negara, dan menghentikan 250 penerbangan domestik – dengan perkhidmatan bersambung semula secara berperingkat hari ii berikutan Hinnamnor mula beralih ke Jepun.

Korea Utara turut dilanda ribut itu, dengan pemimpinya Kim Jong-un memantau mesyuarat di Pyongyang bagi melakukan persediaan menghadapi bencana. – AFP, 6 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen