Utusan khas PBB janji tidak kembali ke Myanmar


Utusan khas PBB Noeleen Heyzer mengadakan perjumpaaa dengan ketua junta, Min Aung Hlaing baru-baru ini. – Gambar AFP, 6 September, 2022.

UTUSAN Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar berjanji untuk tidak melawat negara itu lagi kecuali dibenarkan berjumpa dengan bekas pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Terdahulu, lawatannya ke negara itu untuk bertemu junta dikritik hebat.

Usaha diplomatik untuk menyelesaikan kebuntuan perbalahan berdarah di Myanmar diketuai PBB dan blok serantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara berjaya mencapai sedikit kemajuan, apabila jeneral enggan terbabit dengan pihak lawan.

Bagaimanapun, pertemuan antara utusan khas PBB Noeleen Heyzer dengan pemimpin kanan junta pada lawatan pertama selepas 10 bulan pelantikannya, mendapat kritikan daripada junta dan penentang tentera.

Beliau tidak diberikan akses kepada ketua demokrasi yang ditahan, Suu Kyi yang dijatuhkan hukuman penjara selama dua dekad.

Utusan PBB kemudiannya menimbulkan kemarahan pegawai junta yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan berat sebelah mengenai apa yang dibincangkan.

Menurut pejabatnya, Heyzer menggesa supaya keganasan dihentikan serta-merta dan pembebasan semua tahanan politik.

Lebih 2,200 terbunuh dan lebih 15,000 ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap perbezaan pendapat sejak merampas kuasa pada Februari 2021, menurut kumpulan hak asasi tempatan.

Beberapa hari selepas lawatan Heyzer, puluhan kumpulan masyarakat sivil Myanmar mengkritik perjumpaannya dengan ketua junta, Min Aung Hlaing.

Mereka juga menggesa mandatnya ditamatkan selain meminta Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk campur tangan secara peribadi dalam krisis itu.

“Sekiranya saya melawat Myanmar sekali lagi, ia hanya akan berlaku jika saya dapat bertemu dengan Aung San Suu Kyi,” katanya pada seminar badan pemikir yang berpangkalan di Singapura, Institut Iseas-Yusof Ishak, menggunakan penghormatan Burma untuk Suu Kyi.

Julai lalu, junta mencetuskan kecaman antarabangsa apabila Phyo Zeya Thaw, bekas Ahli Parlimen dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan Suu Kyi, dihukum mati atas kesalahan di bawah undang-undang antikeganasan.

Sebagai tindak balas, majlis keselamatan PBB, termasuk sekutu junta Russia dan China, mengeluarkan kutukan yang jarang berlaku terhadap junta. – AFP, 6 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen