Liz Truss diumum PM UK baharu 


Liz Truss menewaskan pesaingnya, bekas menteri kewangan Rishi Sunak, dengan 81,326 undi berbanding 60,399, sekaligus melayakkan beliau menjadi PM seterusnya. – Gambar EPA , 5 September, 2022.

SETIAUSAHA Luar Britain Liz Truss dipilih menjadi perdana menteri baharu United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin.

Truss, 46, memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi, menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.

Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May, lapor Agensi Anadolu.

Truss dijangka menerima watikah untuk membentuk kerajaan baharu daripada Ratu Elizabeth II pada Selasa. – Bernama, 5 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen