Jerman lancar pakej rangsangan terbesar perangi inflasi


Kerajaan Jerman mendedahkan pakej bantuan ketiga bernilai €65 bilion untuk melindungi pengguna dan ekonomi negara daripada kesan inflasi yang tinggi. – Gambar EPA , 5 September, 2022.

KERAJAAN Jerman meluluskan pakej bantuan, yang disifatkan Canselor Schulz sebagai “yang terbesar setakat ini,” untuk mengurangkan kenaikan harga dan inflasi, lapor Agensi Berita Petra memetik Deutsche Welle (DW).

Kerajaan Jerman mendedahkan pakej bantuan ketiga bernilai €65 bilion untuk melindungi pengguna dan ekonomi negara daripada kesan inflasi yang tinggi.

Pakej bantuan kerajaan itu diumumkan dua hari selepas gergasi tenaga Rusia Gazprom mengumumkan bekalan gas melalui saluran paip Nord Stream 1 dihentikan selepas tiga hari kerja-kerja penyelenggaraan. – Bernama, 5 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen